Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 16 Agustus 2014
Tak Sabar Nak Dating Lepas Kahwin

Selain ramai yang menantikan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengumumkan tarikh pernikahan mereka, pastinya juga kita menantikan satu lagi pasangan sama cantik sama, Fouziah Gous dan tunangnya, Zhafran.
Bertemu Fouziah minggu lalu, aktres cantik ini memberitahu dia kini sedang bercuti dari berlakon kerana mahu menumpukan pada persiapan perkahwinannya. Sehingga kini masih belum ada tarikh muktamad bila hari bahagianya itu namu ia dijangka bakal berlangsung sebelum hujung tahun ini.
“Saya baru saya selesai penggambaran drama bersiri untuk TV9 berjudul Alam Maya. Jadi, masa ni saya berehat dari berlakon sebab fokus pada persiapan kahwin. Semua persiapan saya dan tunang saya buat sendiri. Setakat ni kami baru tengok-temgok barang hantaran.
“Saya sebenarnya tengah tunggu perancang perkahwinan saya iaitu Nasir Idea (abang Nas), untuk duduk berbincang dengan dia. Belum ada kesempatan lagi untuk kami berbincang.
“Saya dan tunang nak kalau boleh secepat mungkin. Cuma tarikhnya masih belum ada. Tambah, kami kena berbincang dulung dengan abang Nas”, katanya yang juga bercadang mahu membuat sidang media mengenai majlisnya sekiranya semua urusan berjalan lancar dan dapat diselesaikan segera.
Fouziah dan Zhafran mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu.
Mengenai konsep majlis perkahwinan yang diidamkan, Foziah berkata dia menyerahkan kepada perancang perkahwinannya.
“Masa saya bertunang dulu, abang Nas yang uruskan. Jadi untuk majlis perkahwinan kami ni, kami masih gunakan khidmat dia.
“Saya tak lah terfikir nak buat konsep yan pelik-pelik atau terfikir tetang majlis idaman ker… cuma majlis kami nanti akan dibuat mengikut kemampuan. Tak lah melampaui bajet kami. Apa yang penting, perjalanan hidup kami berdua sebagai suami isteri selepas majlis perkahwinan nanti” tuturnya.
Dalam pada itu Fouziah meluahkan rasa teruja dan berdebarnya menantikan saat dia bergelar isteri. Namun jelasnya, biarpun peminat sering melihat dia bersama tunangnya setiap masa, namun hakikatnya mereka tidak pernah keluar bersama untuk temu janji.
“Kami sebenarnya baru nak mula bercinta. Kami belum ada kesempatan nak keluar dating, belum rasa momen berdating. Kalau jumpa pun hanya kerana kerja. Nak juga merasa keluar, pakai cantik-cantik, pergi dating.
“Jadi sekarang ni saya teruja dan tak sabar nak kahwin sebab semua tu saya nak buat lepas kahwin.”, katanya. – Malaysian Digest
Minggu, 16 Maret 2014
Kes Naya 23 tahun dipenjara baru tahu dia tak bersalah
22 Mac 2013 catatan idahsalam
New York, - Seorang warga New York, Amerika Syarikat akhirnya boleh menghirup udara bebas setelah 23 tahun mendekam di penjara. Parahnya, dia dipenjara atas kejahatan yang tak dilakukannya!
Lelaki itu, David Ranta selama ini meringkuk di tahanan atas dakwaan pembunuhan seorang rabbi. Kini, otoriti setempat seperti dilansir kantor berita AFP, Jumaat (22/3/2013) mengaku bahawa Ranta tidak melakukan pembunuhan itu.
Ranta dijatuhi hukuman penjara 37 tahun setelah dinyatakan bersalah pada tahun 1991 atas pembunuhan seorang rabbi Yahudi Ortodoks dalam insiden perompakan. Selama 23 tahun dipenjara, dia berkeras mengatakan dirinya tak bersalah.
Kini, pejabat pendakwa Distrik Brooklyn mengumumkan, tinjauan penyelidikan internal telah menemukan bukti yang sebelumnya tak ada selama perbicaraan. Atas bukti ini, Ranta pun dinyatakan tak bersalah dan bebas. Tidak dijelaskan lebih jauh mengenai bukti yang dimaksud.
"Setelah melakukan penyiasatan yang melelahkan, kantor menyimpulkan bahawa dasar yang dijadikan untuk menghukum Ranta kini telah terkikis dan tak ada bukti untuk mendakwa Ranta jika dia diadili ulang," kata Jaksa Distrik Charles Hynes.
Setelah dinyatakan bebas oleh hakim dalam perbicaraan pada Khamis, 21 Mac waktu setempat, Ranta sangat gembira. "Seperti yang saya katakan sejak awal, saya tak ada hubungan dengan kes ini," ujar lelaki itu senang. detikNews

Langganan:
Postingan (Atom)