Jumat, 31 Januari 2014

Batang balak jadi ular

Terlalu banyak rahsia hutan dan ilmu berburu disimpan dalam ingatan lelaki yang digelar Tok Yaman ini. Ia termasuklah kisah seekor rusa yang kembali bangun dan berlari, sedangkan ia sudah pun ditembak dan hampir disembelih.







Tok Yaman seakan-akan segan pada mulanya untuk ditemu ramah. Dalam nada merendah diri, berulang kali dia mengatakan bahawa dirinya tiada pengalaman menarik mengenai ilmu berburu. Begitupun, dia masih peramah mempelawa EKSTRA bertamu ke kediamannya yang terletak di pinggir bandar Mersing, Johor itu.
"Saya ini pencen pegawai kerani sahaja. Lihat itu, 36 tahun, enam bulan dan dua hari dalam tugas. Itulah saja yang dapat dibanggakan," katanya tersenyum sambil menunjukkan sijil penghargaan perkhidmatan oleh kerajaan negeri Johor yang dibingkaikan di dinding ruang tamunya.
Sebenarnya, bagi pemilik nama sebenar Mohd. Yaman Hassan Basri, 76, sepanjang tempoh itu jugalah dia dipancing teman-teman sekerja untuk berjinak-jinak dengan dunia perburuan.
Fitrah tugas yang berpindah lokasi dan profil jabatan daripada pejabat daerah, pejabat tanah dan pernah bersama pasukan Mergastua (kini Perhilitan) sudah menjadi suatu yang biasa. Tok Yaman akhirnya mendapat kelulusan dalam permohonan pemilikan senjata api pada tahun 1957.
"Pistol Steven, itulah senjata api pertama saya. Itu pun saya dapat atas bantuan Pegawai Daerah Kluang ketika itu, Datuk Suleiman Mohd. Noor yang membelikannya pada harga RM85.
"Sejak itu, saya sering mengikutnya menembak di hutan sekitar Kluang," imbas bapa kepada tiga orang anak itu.
Bertatih dengan pengalaman awal membawa pulang ayam atau burung hutan, Tok Yaman bersama teman-teman Mergastua mula meredah jauh ke dalam perut rimba. 

DARI KIRI: Penekut burung dan pemipit rusa; racik yang sudah diharamkan penggunaannya; serta pemipit kijang.





TOK YAMAN membuat demonstrasi cara menekut yang dikhuatiri mengundang kehadiran sesuatu yang lain daripada burung wak-wak.



Awalnya hanya dengan melihat-lihat, Tok Yaman kemudian mendapat kepuasan melalui lepasan das pertamanya.
Teruja setiap kali menyertai kumpulan pemburu berpengalaman, genggaman pistol kecil Tok Yaman adakalanya berganti laras senapang. Pada musim tertentu, tinjauan buruan pun semakin besar jadinya. Napuh, kijang dan rusa antara yang pernah ditundukkan dan dilapah bersama.
Sehingga Tok Yaman berhenti berburu pada tahun 1985, dia mengakui sudah menembak kira-kira 300 ekor kijang di beberapa lokasi berburu.
"Menghadiri jemputan istana menemukan saya dengan adinda Sultan Johor iaitu Almarhum Tengku Abdul Rahman. Ada yang memberitahu beliau tentang pengalaman saya. Almarhum sudi mengajak saya menemaninya berburu.
"Almarhum sangat baik hati dan pemurah. Kalau membawa saya dan teman-teman lain bersama, tidak pernah kami pulang tanpa diberi wang sagu hati. Setiap seorang akan dihulur RM100," katanya yang pernah menjadi rakan sekolah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ghazali Mohd. Seth.


MENURUT Tok Yaman, ada banyak cerita mistik yang dikaitkan dengan burung wak-wak.








Bertanya tentang peralatan lain yang pernah digunakan Tok Yaman ketika aktif berburu dahulu, dia tidak lokek membuka simpanan lamanya yang terdiri daripada pemipit rusa, pemipit kijang dan penekut burung. Sekali ditiup mengikut caranya, alat-alat pemanggil haiwan dan unggas itu masih berbunyi nyaring.
"Pemipit rusa yang dibuat daripada daun nyalas ini kalau ditiup, rusa sejauh lima rantai pun boleh mendengar. Ia akan berlari deras mengejar bunyi ini. Selalunya yang datang ialah rusa betina. Tunggu apa lagi, kami tembaklah!" terangnya.
Bagi menunjukkan cara menangkap burung wak-wak, alat penekut itu ditiup oleh Tok Yaman. Alunan bunyi yang lunak itu boleh memukau burung-burung berdada putih untuk mendekati jerat seumpama menyerah diri.
"Ada yang guna burung pemikat ataupun memasang racik. Tetapi alat-alat itu sudah diharamkan penggunaannya oleh pihak Perhilitan. Tentang penekut buluh ini pula, saya sudah tidak berani meniupnya," kata Tok Yaman sambil menggeleng kepala.


CERITA rusa tidak lut peluru bukan lagi dongengan pemburu.




Apabila diajukan pertanyaan tentang reaksinya itu, suami kepada Rusmah Mohamad, 55, ini memberitahu bahawa ramai yang sudah takut hendak menggunakannya.
"Macam-macam boleh jadi. Orang yang biasa menggunakannya pun tahu. Panggilan bunyinya berhantu. Kalau nasib tidak baik, bukan burung yang datang, tetapi kita diganggu jin dan syaitan."
Tok Yaman sempat membuka sebuah cerita lama, iaitu tentang dirinya yang pernah jatuh pengsan selepas berdendam dengan seekor ayam hutan yang berkali-kali ditembak namun tidak mengena.
"Ketika itu waktu Maghrib. Saya mahu pulang tetapi tetap inginkan seekor ayam hutan jantan yang masih belum dapat ditumpaskan. Saya terdengar ia berkokok tiga kali lalu menembaknya buat kali terakhir," ujarnya yang bergegas mahu menyembelih ayam seraya itu yang diyakini terkena peluru.


AYAM hutan pernah menyebabkan Tok Yaman jatuh pengsan ketika hendak menyembelihnya.








Tatkala mata pisau hampir menumpahkan darah ayam itu, Tok Yaman jatuh pengsan. Dia cuma sedar kemudian apabila abu bakaran bulu ayam hutan disapu ke mukanya oleh seorang pemburu lain. Dia mendapati dirinya sudah terbaring di dalam rumah. Ayam hutan itu pula tiada khabar tentangnya.
Selain ayam hutan, rusa juga menurut Tok Yaman bukan buruan yang mudah diimpi untuk dikongsi nikmat dagingnya di meja hidangan.
Pada satu malam, dia bersama rakannya pernah menembak jatuh seekor rusa besar. Saat mahu disudahkan dengan syarat sembelihan, rusa itu bingkas bangun dan kembali berlari ke dalam hutan. Tok Yaman hanya terkebil-kebil tidak percaya.
"Pernah juga satu masa dulu saya menembak seekor rusa yang langsung tidak berganjak dari tempatnya. Tujuh das semuanya dilepaskan namun ia langsung tidak lari. Setiap kali ditembak, badan rusa itu mengeluarkan asap," imbasnya bersungguh.
Rusa yang sama diburu pada malam berikutnya. Seorang rakan yang tidak berpuas hati ingin menduga kemahirannya. Saat kelibat rusa itu dilihat di sekitar kawasan yang sama, rakan Tok Yaman bersedia untuk menjatuhkannya.
"Namun, setiap kali hendak menarik picu senapang, teman saya itu terasa seperti hendak sangat membuang air besar. Perkara yang melengahkan niat pemburu itu terjadi berulang kali sementara rusa itu sekadar memandang dari kedudukannya," kata Tok Yaman sedikit ketawa.
Akhirnya niat mereka hendak memburu dilupakan tatkala melihat seekor ayam hutan datang bertenggek di badan rusa itu. Ia berkokok seolah-olah memberi amaran.
"Itu petanda kurang baik. Kami pulang sahaja malam itu tanpa meneruskan hajat berburu," ceritanya.
Tok Yaman tidak berhenti membuatkan krew EKSTRAmeremang bulu roma apabila bercakap tentang kisah selanjutnya.
"Saya bersama dua rakan sedang duduk di atas sebatang balak yang tumbang pada malam hari sambil menunggu kelibat haiwan buruan. Kami tiba-tiba merasakan suatu keanehan apabila mendapati batang balak itu bergerak perlahan ke samping.
"Apabila meraba tempat duduk kami, terasa seperti ia bersisik, lembut dan sejuk," ujarnya yang tidak dapat membayangkan betapa besarnya makhluk itu, kalau benar ia menyerupai seekor ular.
Bagai hendak gugur jantung dibuatnya, mereka lari lintang pukang meninggalkan tempat itu. Peliknya, pada keesokan siang apabila tempat itu dituju semula, yang kelihatan hanyalah sebatang batang balak dan barang-barang milik mereka yang berselerakan.
"Sebenarnya setiap yang ada di hutan ada penjaganya. Kita perlu berwaspada dan tidak boleh lupa tujuan kita berburu. Bukan untuk berseronok atau bermegah, cukuplah untuk sekadar mencuba pengalaman," pesannya.
Meskipun semua cerita itu sudah berlalu dan peralatan seperti penekut, pemipit dan racik itu sudah tidak digunakan, Tok Yaman masih menjaga rapi dan menyimpan peralatan itu sebagai kenang-kenangan.
Semua itu akan selalu menjadi topik cerita yang merapatkan hubungan antara isteri dan anak cucu, saudara-mara atau kenalan Tok Yaman.
Pastinya mereka tidak jemu mendengar kembali kisah kerabat istana yang pemurah, rusa yang tidak lut peluru, serta batang balak yang bertukar menjadi ular besar.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah

Harakahdaily, 16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.

“Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?” katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).

“Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.

Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.
Read More..

Kamis, 09 Januari 2014

Harga Printer Canon Pixma MP237 Serta kelebihan dan Spesifikasinya

Printer Canon MP 237 merupakan pengganti dari seri terdahulunya yaitu Canon PIXMA MP287, kedua printer ini menggunakan jenis tinta Cartridge yang sama dengan hasil cetak kualitas yang sama. Di Tahun 2012 yang lalu printer Canon telah mengeluarkan produk terbaru untuk kalangan ekonomi low end dibawah satu jutaan, lihat informasi printer dengan harga dibawah satu jutaan disini harga printer dibawah satu jutaan 2013.

harga printer canon mp237Produk Canon MP 237 ini merupakan printer dengan sistem multifungsi, jadi kita dapat melakukan cetak, fotokopi dan scanner gambar dengan mudah.

Kelebihan dari printer Canon pixma mp 237 ini salah satu fitur unggulannya adalah memiliki teknologi cartridge dengan sistem hybrid, yaitu memadukan dua jenis tinta yang berbeda untuk menghasilkan kualitas hasil cetakan yang lebih detil dan dengan perpaduan warna dengan kualitas tinggi, dengan kelebihan sistem tinta hybrid ini maka hasil cetakan akan terlihat lebih tajam dan foto akan tampak seperti aslinya.

Memiliki dimensi sebesar 444 x 329 x 153 mm, maka Canon MP237 ini dapat kita tempatkan dengan mudah. Serta memiliki keunggulan tambahan seperti Energy Star, yaitu printer hemat energy dengan kebutuhan energi maksimal hanya sebesar 10 watt saja pada saat digunakan.

Berikut Spesifikasi dari printer Canon pixma MP 237 ini: 

Resolusi Maksimum 4800 (horizontal) x 1200 (vertical)dpi
Print Head / Ink : Type: FINE Cartridge
Total Number of Nozzles: 1472
Ink Droplet Size (min.): 2pl
Ink Cartridge: PG-810, CL-811 (PG-810XL, CL-811XL Optional)
Kecepatan Cetak :
Document: Colour: ESAT: Approx. 4.8ipm
Document: B/W: ESAT: Approx. 7.0ipm
Photo (4 x 6") : Borderless: Approx 43 secs
Ukuran Kertas : A4, A5, B5, LTR, LGL, 4 x 6", 5 x 7", 8 x 10", Envelopes (DL, COM10)
Tipe Scanner : Flatbed
Metode Scan : Contact Image Sensor (CIS)
Kecepatan Scanning Reflectives: A4 Colour / 300dpi: Approx. 14secs
Ukuran Dokumen Maksimum : Flatbed: A4 / LTR (216 x 297mm)
Kecepatan Copy : Document: Colour: FCOT: Plain Paper: Approx. 37secs dan Document: Colour: Continuous Copy: Approx 1.8ipm
Multiple Copy : Black / Colour: Max. 20 pages

Operation Panel : Windows 8/windows 7/windows vista/windows XP
Interface USB 2.0 Hi-Speed
Sistem Operasi :
Microsoft XP SP2,SP3, Vista SP2,SP3, 7
Mac OS 10.4.11 - 10.6
Berat dari mp237 ini berkisar 5,3 kg saja.

kelebihan printer canon mp237
Printer Canon Pixma Mp237 inkjet ini juga memiliki kelebihan yaitu memiliki teknologi My Image Garden. My Image Garden adalah sebuah aplikasi yang terintegrasi dengan seluruh fungsi printer, sehingga dapat menyederhanakan proses berkreasi dalam mengatur sebuah foto yang hendak kita cetak.

Untuk harga printer Canon MP 237 ini berkisar Rp 775.000,- tergantung daerah masing-masing. Untuk informasi lainnya yang berhubungan lihat tulisan saya yang lainnya disini harga printer Canon terbaru 2013 Oke semoga bermanfaat.
Read More..