Tampilkan postingan dengan label ahli. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ahli. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Pengisytiharan harta mungkin membahayakan keselamatan calon kata ahli parlimen BN

December 23, 2012
Ong berkata pengisytiharan harta juga dilakukan dalam MCA sendiri. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Dis—Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berkata pengisytiharan harta secara terbuka oleh calon pilihan raya mungkin membahayakan keselamatan mereka, dengan menjangkakan pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara.

Ahli parlimen BN mengatakan calon boleh dipastikan bersih dengan mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib, yang juga pengerusi BN berkata calon dari gabungan partinya akan ditapis oleh SPRM - pengumuman yang dikatakan oleh seteru politiknya di Pakatan Rakyat (PR) sebagai publisiti semata-mata.

Sesetengah ahli parlimen PR hari ini dilaporkan mangatakan jika calon BN mengisytiharkan harta secara terbuka mereka akan dilihat lebih berkredibiliti, dan berkata tugas SPRM untuk menghapuskan rasuah, dan bukan menapis calon pilihan raya dengan rekod kewangan meragukan.

Tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Umno berkata, pengisytiharan harta tidak perlu dilakukan secara terbuka, kerana harta bersifat peribadi, dan keselamatan bagi mereka yang mewakili rakyat juga perlu dijaga.
“Bagi saya, harta ini personal (bersifat peribadi). Jadi bagi saya memadailah kalau isytihar harta kepada Perdana Menteri. Takkan kita nak canang semua harta kita kepada seluruh rakyat? Kita kena fikirkan keselamatan wakil rakyat itu sendiri,” kata ahli parlimen Kota Belud itu.
 selengkapnya
Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

CEO Pinjaman Tekun memang hanya untuk ahli Umno


OLEH DIYANA IBRAHIM
October 07, 2013
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata ketua pengarah eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha parti tersebut bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu akan tetapi menambah Tekun tidak menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.

"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahli Umno, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.


 "Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini. – 7 Oktober, 2013. The Malaysian Insider
Read More..