Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Pengisytiharan harta mungkin membahayakan keselamatan calon kata ahli parlimen BN

December 23, 2012
Ong berkata pengisytiharan harta juga dilakukan dalam MCA sendiri. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Dis—Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berkata pengisytiharan harta secara terbuka oleh calon pilihan raya mungkin membahayakan keselamatan mereka, dengan menjangkakan pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara.

Ahli parlimen BN mengatakan calon boleh dipastikan bersih dengan mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib, yang juga pengerusi BN berkata calon dari gabungan partinya akan ditapis oleh SPRM - pengumuman yang dikatakan oleh seteru politiknya di Pakatan Rakyat (PR) sebagai publisiti semata-mata.

Sesetengah ahli parlimen PR hari ini dilaporkan mangatakan jika calon BN mengisytiharkan harta secara terbuka mereka akan dilihat lebih berkredibiliti, dan berkata tugas SPRM untuk menghapuskan rasuah, dan bukan menapis calon pilihan raya dengan rekod kewangan meragukan.

Tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Umno berkata, pengisytiharan harta tidak perlu dilakukan secara terbuka, kerana harta bersifat peribadi, dan keselamatan bagi mereka yang mewakili rakyat juga perlu dijaga.
“Bagi saya, harta ini personal (bersifat peribadi). Jadi bagi saya memadailah kalau isytihar harta kepada Perdana Menteri. Takkan kita nak canang semua harta kita kepada seluruh rakyat? Kita kena fikirkan keselamatan wakil rakyat itu sendiri,” kata ahli parlimen Kota Belud itu.
 selengkapnya
Read More..

Jumat, 14 Februari 2014

SU Agung BN kata Dong Zong tamak

sinar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
30 Oktober 2012
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melabel pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina, Dong Zong yang mendapat sokongan kuat Pakatan Rakyat (PR) sebagai "tamak."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung jemputan NGO itu kepada Umno dan semua parti politik supaya bersama-sama membantah pelan pembangunan pendidikan negara secara besar-besaran 25 November ini.

"Dong Zong ni, apa yang kita buat ini salah? Saya nak beritahu Dong Zong ini supaya mereka mengingat kembali tentang sejarah. Pada 1980 di mana tahap sekolah-sekolah Cina. Tanya dialah sendiri.

"Yang membangunkan sekolah-sekolah Cina, memperbaiki tahap sekolah-sekolah Cina dengan baik adalah MCA melalui BN.

"Dan kita telah membangunkannya, tapi dia... ini kadangkala mereka ini, bila saya sebut nanti orang marah... sebab kerana ketamakan mereka... ini jadi masalah," katanya pada sidang media semalam.

Nama Dong Zong mula menjadi sebutan apabila kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ke satu himpunan mereka berhubung bantahan kekurangan guru berbahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berakhir dengan tragedi menteri itu hampir ditumbuk.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menambah, Dong Zong sepatutnya memikirkan kepentingan anak-anak mereka di samping menghargai jasa Umno dan MCA yang memperjuangkan pendidikan di SJKC Cina bertambah baik.   

"Sebab itu hari ini banyak orang hendak hantar budak-budak ke sekolah Cina. Dulu sebelum 1980 orang Cina tak nak hantar ke sekolah Cina, kenapa?

"Itulah sebabnya ada satu program yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran untuk menggubal semula dasar pendidikan negara supaya lebih ramai untuk datang ke sekolah yang ditaja oleh kerajaan. Itu yang hendak kita lakukan," katanya.

Tengku Adnan turut menyeru semua pihak untuk memberi peluang kepada Kerajaan Pusat hari ini untuk menambahbaiki sistem sedia, bukannya terus menyalahkan Umno-BN.

"Beri peluang untuk (kita) membetulkannya", kata Tengku Adnan sambil menambah, "ini yang kami mahu lakukan. Kami cuma nak betulkan sistem pendidikan, ekonomi dan banyak lagi."
Read More..

Sabtu, 08 Februari 2014

Senator Datuk Maijol Mahap pulak turut keluar BN

01 Ogos 2012


JANJI TIDAK DITEPATI!!!



Kota Marudu : Senator Datuk Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata. Menurut bekas Naib Presiden PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol ada merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya

yang bagus. Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Terdapat kira kira 900 000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.

Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.

Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.

"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."

"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan disetiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.

Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.

"Saya sudah tidak boleh bertolak ansur dalam hal ni. Ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap kehidupan rakyat." katanya sambil menyentuh isu perlantikan kaum KDM dalam perkhidmatan awam.

"Bukanlah menjadi satu rahsia bahawa masyarakat KDM berasa sangat tidak berpuas hati tentang ketidakadilan yang berlaku dalam perkhidmatan awam, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Bilangan orang KDM dalam perkhidmatan adalah sangat minima dari segi peratusan berbanding populasi dalam negeri." kata Maijol.


Selain dari itu, mereka hanya ditawarkan jawatan paling tinggi tempat ketiga atau keempat dijabatan jabatan atau kementerian kementerian mereka, mereka telah diketepikan sejak sekian lama. Kekecewaan mereka telah terkumpul dan pastinya akan meledak menjelang tibanya pilihanraya. 
Kedahkini

Read More..

Rabu, 05 Februari 2014

Tengok fakta 7 kerusi Melayu PR menewaskan bukan Melayu BN

Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.  Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):  Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan Ente dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan Ente berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya Ente berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia Ente di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara Ente. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13)
Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.
Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan Ente dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan Ente berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya Ente berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia Ente di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara Ente. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13)
sumber :Keadilan Perliss photo.
Read More..