Rabu, 12 Februari 2014
Peminat Fanatik Liyana Jasmay Ditangkap Polis
Menjadi seorang yang popular memang ada manis dan ada tidaknya. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan orang popular terutama para selebriti (Yang perasan popular tu tidak termasuk).
Perkara ini terjadi kepada Liyana Jasmay, 24 yang baru saja melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan yang diganggu peminat fanatik berusia 20an.
“Saya tidak tahu siapa lelaki itu. Mulanya saya anggap dia merupakan peminat fanatik yang biasa, tetapi apabila dia kerap berlegar-legar di luar rumah saya, bagi saya perkara ini sesuatu yang serius.Sudah cukup lama diperlakukan begitu, barulah keluarga Liyana yang bimbang keselamatan anak bongsunya itu mengambil keputusan menelefon pihak polis. Itupun setelah melihat aksi curiga lelaki itu melalui CCTV rumah mereka. Oeh itu, Khamis lalu sekitar 11.40 malam, lelaki itu telah ditangkap tetapi mereka tidak mendakwanya. Hanya sekadar amaran.
Lelaki ini memang psiko sebab dia pergi ke restoran milik keluarga saya dan menyamar sebagai sepupu saya. Entah macam mana, dia boleh mendapat alamat rumah dan sejak itu dia mula berlegar-legar depan rumah saya.
Dia juga memberi pelbagai hadiah, tetapi semuanya dibuang oleh ibu kerana kita tidak tahu apa isi di dalamnya. Kalau peminat fanatik yang biasa, saya kenal mereka, tetapi lelaki ini sangat menakutkan.
Ada waktunya kalau ibu saya melihat lelaki itu berada di hadapan rumah, ibu akan menghubungi saya dan meminta saya supaya tidak pulang ke rumah,” jelasnya
“Saya tidak boleh mendakwanya kerana orang seperti itu mungkin ada masalah mental, jadi tangkapan dibuat untuk memberi amaran sahaja. Selepas ini, jika dia melakukan hal yang sama, dia akan ditangkap dan boleh didakwa.”Pengalaman diganggu peminat fanatik ini amat mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali.
“Memang pengalaman ini cukup mengajar saya supaya tidak terlalu mendedahkan perkara peribadi kepada umum. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkara termasuk tidak memberitahu ke mana saya pergi kepada peminat dalam laman sosial Twitter.Baguslah begitu. Sememangnya selebriti perlu buat begini dari awal lagi. Maklumlah pemiant ada macam-macam jenis. Kalau kena fanatik yang mental tu, haru. Semuga semuanya kembali seperti selalu dan tiada lagi gangguan seperti ini buat Liyana. Tapi tidak lama lagi, akan ada pengawal peribadi tu.. (suaminya lah).
“Perkara yang penting sahaja saya akan kongsi bersama peminat. Segala aktiviti peribadi yang tidak melibatkan kerja, saya akan simpan sendiri.”
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar